This Web Page Created By
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik dan AKP seharusnya bekerja sebagai satu pasukan di sekolah ini. Keberhasilan dan kemenjadian murid-murid di sekolah ini semestinya bersandarkan amalan nilai professionalisme, keterampilan, dan beretika. Seharusnya kita harus memastikan matlamat asal penubuhan institusi ini yakni bertujuan untuk pembangunan menyeluruh melalui pencapaian akademik, fizikal, moral dan budaya para pelajar untuk menjadikan mereka warganegara yang matang dan bertanggungjawab yang akan bersedia untuk mengambil tempat yang sesuai dalam masyarakat. Ianya selaras dengan motto Sek.Men.Keb St.Paul “VIRTUTE ET LABORE” .
Pengetua SMK St. Paul
2021 - terkini